Friday, June 15, 2012

Keputusan Sepanyol Vs Ireland, Itali Vs Crotia EURO 2012 | Video Gol

Keputusan Sepanyol Vs Ireland EURO 2012Keputusan Sepanyol Vs Ireland EURO 2012

Penyandang juara Euro 2008, Sepanyol mencatatkan kemenangan besar 4-0 keatas Republik Ireland dalam pertemuan peringkat kumpulan C Euro 2012 di Stadium Arena, Gdansk awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu penyerang Chelsea, Fernando Torres kini seperti sudah menemui sentuhan penyudahnya apabila berjaya menjaringkan 2 gol untuk Sepanyol iaitu pada minit ke-4 dan 70.

2 gol Sepanyol lagi dijaringkan oleh David Silva dan Cesc Fabregas masing-masing pada minit ke 49 dan minit ke 83 permainan. Dengan keputusan ini, Republik Ireland menjadi pasukan pertama yang tersingkir dari kejohanan EURO 2012 ini.

Sementara itu Stadium Municipal Poznan, Itali dan Crotia seri 1-1. Itali yang mencari tiga mata penting mendahului melalui sepakan percuma Andrea Pirlo pada minit ke-39, untuk kembali menghidupkan peluang mereka ke suku akhir Euro 2012. Walaubagaimana hajat Itali untuk mengutip 3 mata penuh tidak kesampaian apabila Mario Mandzukic menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-72 .

kedudukan sepanyol EURO 2012Kedudukan Carta Kumpulan C EURO 2012 (Spain)


Video Gol Highlight Spain Vs Ireland [4-0] 14 June Euro 2012- Gol Jaringan (Fernando Torres 4’, 70’, David Silva 49’, Cesc Fabregas 83’).



Video Gol Highlight Itali Vs Crotia [1-1] 14 June Euro 2012


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.