Saturday, June 16, 2012

Keputusan Sweden Vs England, Ukraine Vs Perancis EURO 2012

Keputusan Sweden Vs England EURO 2012Keputusan Sweden Vs England EURO 2012

Skuad England berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 keatas pasukan Sweden pada aksi saingan EURO 2012 kumpulan D awal pagi.

Dalam perlawanan itu, Danny Welbeck menjadi wira England apabila beliau menjaringkan gol kemenangan England pada minit ke 78 setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 sebelum itu.

England membuka tirai jaringan menerusi jaringan Andy Carroll pada minit ke 23 setelah hantaran jauh dari Steven Gerrard berjaya ditanduk kencang penyerang Liverpool itu.

Masuk separuh masa kedua, Sweden mula bangkit untuk mencari gol dan usaha mereka itu membuahkan hasil apabila rembatan Olof Mellberg yang cuba ditepis Joe Hart terkena pertahanan Glen Johnson dan bola itu menerjah jaring untuk gol pertama Sweden.

10 minit kemudian , Olof Mellberg sekali lagi menjadi duri dalam daging buat skuad England apabila tandukan bekas pemain Aston Villa itu pada minit ke 59 berjaya menerjah jaring England untuk gol kedua Sweden.

Percaturan jurulatih England Roy Hodgson membawa masuk Theo Walcott ternyata tidak sia-sia apabila tidak sampai beberapa minit dimasukkan, pemain Arsenal itu berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk England menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke 64.

Pada minit ke 78 Danny Welbeck menjaringkan gol ketiga yang juga gol kemenangan England.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan kumpulan D, Perancis menewaskan pasukan Ukraine 2-0. Gol itu dijaringkan oleh Jeremy Menez pada minit ke 53 dan Yohan Cabaye pada minit ke 56. Dengan keputusan ini, Sweden menjadi pasukan kedua yang tersingkir bagi kejohanan EURO 2012 ini selepas Ireland semalam.

Kedudukan Carta Kumpulan D EURO 2012 (England)


Video Highlight

Sweden 2 (Glen Johnson-gs 49’, Olof Mellberg 59’) , England 3 (Andy Carroll 23’, Theo Walcott 64’, Danny Welbeck 78’)


Hujan Lebat turun semasa Perlawanan Ukraine Vs Perancis dan perlawanan ditangguhkan lebih kurang 40 minit sebelum perlawanan disambung semula.


Ukraine 0, Perancis 2 (Jérémy Menez 53’, Yohan Cabaye 56’) Goals & Full Highlights UEFA Euro 2012

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.