Thursday, July 12, 2012

Jadual Perlawanan Play-off Liga Super 2013 dan Liga Perdana 2013

Adalah dengan segala hormatnya mengenai perkara ini, dimaklumkan Penentuan Pasukan layak ke Perlawanan ’Play-off’ Liga Super 2013 dan Liga Premier 2013 adalah seperti butiran berikut:

Jadual Pertandingan Perlawanan ‘Play-off’ Liga Super 2013 dan Liga Premier 2013.


LP2=Pahang
LP7= POS Malaysia
LP8=MP Muar
LP9= NS Betaria
LFAM2= Shahzan Muda

LS10= Sarawak
LS11= Kedah
LS12=Sabah

Jadual Play off Liga Super 2013 *Update Keputusan Play Off Liga Super 2013



Mesyuarat Pengurus Pasukan

Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan sehari sebelum perlawanan pertama iaitu pada hari Isnin, 16 Julai 2012 jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat, Stadium Hang Jebat, Melaka.

Semua Pasukan yang terlibat di dalam Perlawanan ‘Play-off’ Liga Super 2013 dan Liga Premier 2013 wajid hadir dengan syarat-syarat berikut :
  • Pengurus Pasukan atau Penolong Pengurus Pasukan atau Ketua Jurulatih atau Penolong Ketua Jurulatih wajib hadir ke Taklimat Pengurus Pasukan.
  • Membawa bersama dua (2) set jersi Pasukan dan dua (2) set jersi Penjaga Gol.


Format Perlawanan ‘Play-off’ Liga Super 2013
Perlawanan akan dijalankan secara Kalah Mati Satu Pusingan.

Penentuan Pasukan Pemenang adalah berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2012 (PPLM 2012) Perkara 3.6.2.

Pemenang di antara Perlawanan LS10 / LP2 mln LS11 / LS12 layak ke Pertandingan Liga Super 2013. Ini bermakna hanya satu (1) Pasukan sahaja yang akan layak ke Pertandingan Liga Super 2013 dari empat (4) Pasukan yang menyertai ‘Play-off’ Liga Super 2013.

Format Perlawanan ‘Play-off’ Liga Perdana/Premier 2013
Perlawanan akan dijalankan secara Kalah Mati Satu Pusingan.

Penentuan Pasukan Pemenang adalah berasaskan kepada PPLM 2012, Perkara 3.6.2.

Pemenang di antara Perlawanan LP7 / LFAM2 dan Pemenang LP8 / LP9 layak ke Pertandingan Liga Premier 2013. Ini bermakna dua (2) Pasukan sahaja yang akan layak ke Pertandingan Liga Premier 2013 dari empat (4) Pasukan yang menyertai ‘Play-off’ Liga Premier 2013.

Untuk Maklumat Lanjut rujuk sini

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.