Saturday, September 15, 2012

Video Gol Kelantan Vs Terengganu [6-1] Piala Malaysia 14 September 2012

Saksikan Video Gol Kelantan Vs Terengganu [6-1] dalam aksi Piala Malaysia 14 September 2012 dibawah ini yang dibawakan khas dari laman Youtube.

Skuad Kelantan The Red Warrior menang besar keatas Terengganu apabila membenam pasukan negeri jiran itu dengan jaringan 6 gol berbalas 1 di Stadium Sultan Muhammad ke VI,Kota Bharu malam tadi.

Dalam aksi perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2012 itu, Kelantan didepan pada minit ke 14 apabila penyerang pinjaman mereka, Afiq Azmi berjaya menyudahkan hantaran Nurul Azwan Roya untuk gol pertama tuan rumah.

Pada minit ke 30 Norfarhan Mohammad meletakkan Kelantan 2-0 didepan sebelum menambah gol pada minit ke 47 untuk menjadikan kedudukan 3-0. Gol keempat Kelantan hadir pada minit ke 75 menerusi kapten pasukan, Badri Radzi yang menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol Terengganu Sharmizan Yusoff.

Terengganu memperoleh gol saguhati menerusi Mohd Hafnizam pada minit ke 78' sebelum Indra Putra Mahyuddin melengkapkan malam gemilang Kelantan pada minit ke 84 untuk gol keenam.

Dengan kemenangan bergaya ini, skuad Bojan Hodak berjaya memintas pasukan ATM yang seri 2-2 dengan Kedah untuk berada ditangga diteratas kumpulan B dengan kelebihan jaringan gol. Di perlawanan suku akhir piala malaysia 2012 nanti, Kelantan akan bertemu naib juara kumpulan C, Felda United.

Tanpa membuang masa lagi klik pada video dibawah untuk menonton video highlight perlawanan piala malaysia diantara Kelantan Vs Terengganu semalam. Kredit kepada Sokernet.Com


Video Gol Kelantan Vs Terengganu [6-1] Piala Malaysia 14 September 2012



0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.