Monday, October 29, 2012

Keputusan Chelsea Vs Manchester United 28 Oktober 2012 (EPL) Liga Perdana Inggeris

Bakal Juara Liga Perdana Inggeris musim 2012/2013, Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 keatas pasukan Chelsea di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Manchester United didepan seawal minit ke 4 permainan setelah David Luiz tertampan masuk bola ke gawang Chelsea.

Manchester United menambah gol kedua menerusi Robin Van Persie pada minit ke 12 .Chelsea merapatkan kedudukan 1-2 menerusi sepakan percuma Juan Mata pada minit ke 44.

Chelsea menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Ramires sebelum pemain gantian Man United, Chicarito aka Javier Hernandez menambah gol ketiga gergasi bola sepak England itu. Keputusan  Manchester United 3-2 Chelsea kekal sehingga tamat perlawanan.

Manchester United kini ditangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan 21 mata dari 9 perlawanan liga manakala Chelsea walaupun kalah masih ditangga teratas liga dengan 22 mata juga dari 9 perlawanan.



0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.