Saturday, October 20, 2012

Keputusan Kelantan Vs ATM Final Piala Malaysia 2012

Keputusan Kelantan Vs ATM Final Piala Malaysia 2012 - Pasukan Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia 2012 setelah mencatatkan kemenangan 3-2 keatas pasukan ATM di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dalam perlawanan yang menarik itu, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan pasukan Kelantan didepan 1-0 pada minit ke 43 permainan.ATM menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 48 menerusi jaringan Rezal Zamri Yahya.

Tidak sampai seminit jaringan ATM itu terhasil, Mat Yo kembali meletakkan Kelantan 2-1 didepan pada minit ke 49. Kerja keras pasukan ATM untuk mencari gol penyamaan akhirnya membuahkan hasil apabila Marlon Alex James menyamakan kedudukan 2-2 menerusi tandukan pada mnit ke 61.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas 90 minit permainan sebenar sebelum perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit.

Pada minit ke 95, Indra Putra Mahyuddin menjaringkan gol ketiga Kelantan untuk menjadikan kedudukan 3-2.Gol itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan dan tamat perlawanan Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia 2012.

Dengan kemenangan ini juga, Kelantan berjaya mecatatkan kejuaraan Treble bagi musim 2012 ini. Tahniah pasukan Kelantan !!!.

1-0 2-1 2-2 3-2 Video Kelantan Vs ATM Final Piala Malaysia 2012

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.