Wednesday, July 3, 2013

Lions XII Juara Liga Super 2013

Lions XII Juara Liga Super 2013Pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII mengesahkan trofi Piala Liga Super Malaysia 2013 milik mereka setelah menewaskan Felda United 4-0 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Dalam perlawanan itu, 4 gol Lions XII diperolehi menerusi jaringan sendiri pemain Felda United, Azrul Ahmad (minit 47), Shahril Ishak(57'), Fazrul Nawaz (60') dan Shahfiq Ghani (83').

Walaupun tinggal satu lagi perlawanan Liga Super bagi kesemua pasukan,kemenangan itu sudah cukup untuk Lions XII kekal ditangga teratas liga dengan mengumpul 43 mata dari 21 perlawanan liga. Pencabar terdekat Selangor dan Johor Darul Takzim (JDT) ditangga kedua dan ketiga masing-masing sekarang ini berkongsi mata dengan 39 mata dari 21 perlawanan liga.

Sementara itu pasukan ditangga terbawah Liga Super Malaysia 2013, Negeri Sembilan sah tersingkir ke Liga Perdana musim depan. Negeri Sembilan sekadar mengumpul 10 mata dengan perlawanan liga super hanya berbaki 1 lagi perlawanan.


Video Gol Lions XII Vs Felda United [4-0] 2 julai 2013


Video Penyerahan Piala kepada Lions XII (Juara Liga Super Malaysia 2013). - Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Lions XII Juara Liga Super 2013Lions XII Juara Liga Super 2013Lions XII Juara Liga Super 2013Lions XII Juara Liga Super 2013Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika sesi penyerahan hadiah Juara Liga Super 2013 - kredit gambar Lions XII Facebook Page.

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.