Wednesday, August 21, 2013

Keputusan Piala Malaysia 2013

keputusan perlawanan piala malaysia 2013
Saingan Piala Malaysia 2013 telah membuka tirainya semalam 20 Ogos 2013.Setelah 2 tahun ERA menjadi penaja utama Piala Malaysia ini,pada tahun 2013 ini rangkaian Farmasi Watson pula menjadi penaja utama untuk piala berprestij di negara kita ini.Jadi kali ini ia dikenali dengan nama Watson Piala Malaysia.

Bagi undian peringkat kumpulan, kumpulan C dianggap kumpulan maut kerana terdiri daripada Kelantan, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan - 4 pasukan yang mempunyai rekod pencapaian tersendiri ketika saingan Piala Malaysia berlangsung. keempat-empat pasukan ini pernah memenangi Piala Malaysia dan beberapa kali ke perlawanan akhir.
  • Negeri Sembilan - Juara 3 kali, Naib juara 3 kali
  • Pahang - Juara 2 kali, Naib juara 4 kali
  • Kelantan - Juara 2 kali, 3 Naib juara kali
  • Terengganu - Juara 1 kali, Naib juara 4 kali
Dari segi misi pasukan pula, Selangor pastinya turun dengan Misi 33 mereka. Kelantan dengan misi mempertahankan rekod kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi mereka pada musim lepas.

Pasukan yang tak pernah menjuarai piala Malaysia ini seperti Sime Darby, Johor Darul Takzim (JDT), PKNS, T-Team, Felda United, Lions XII, ATM dan Sarawak pastinya turun dalam misi mencari kejuaran pertama mereka pada kali ini.

Pasukan yang lain tu seperti Kedah, Perak, Johor FA, misi mereka biasa-biasa saja.(Misi nak tambah piala..hehe..). Kedah pernah menang piala Malaysia 4 kali, menang 2 tahun berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008. Perak juara 7 kali dan Johor FA 2 kali (yang menang ni Johor original bukan JDT, harap maklum).

Format kejohanan Piala Malaysia seperti biasa, 2 pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak secara automatik ke peringkat suku akhir.Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 27,28 September 2013 (suku akhir pertama) dan 4,5 Oktober 2013 (suku akhir kedua).

Menurut sumber laman web FAM, sekiranya Pasukan Selangor dan Lions XII layak ke Peringkat Suku Akhir maka Perlawanan Suku Akhir Pertama yang melibatkan kedua-dua Pasukan akan dimainkan pada 26 September 2013 bagi memberi laluan kepada Pasukan Selangor dan Lions XII bermain pada Pertandingan tahunan Piala Sultan Selangor 2013 yang dijadualkan pada 28 September 2013.

Tarikh perlawanan separuh akhir pula akan berlangsung pada 18,19 Oktober 2013 (separuh akhir pertama) dan 25,26 Oktober 2013 (separuh akhir kedua).

Perlawanan akhir Watson Piala Malaysia 2013 ini dijadual akan berlangsung pada 3 November 2013 ini di Stadium Shah Alam, Selangor.


Keputusan perlawanan terakhir peringkat kumpulan

[Perlawanan keempat] Keputusan Piala Malaysia 31 Ogos 2013

Keputusan FT:
ATM 4 - 1 Johor
Selangor 1 - 1 Sime Darby
Felda Utd 1 - 0 PKNS
Johor DT 1 - 2 T-Team
Kelantan 2 - 3 Negeri Sembilan
Terengganu 2 - 1 Pahang
LionsXII 2 - 1 Perak
Sarawak 4 - 0 Kedah


Video gol JDT 1 - 2 T-Team 27 Ogos 2013


Video Gol Kelantan Vs Negeri Sembilan 2-3 Piala Malaysia 27 Ogos 2013


[Perlawanan ketiga] Keputusan Piala Malaysia 27 Ogos 2013

Johor 3 - 3 ATM
Sime Darby 3 - 0 Selangor
T-Team 2 - 3 JDT
PKNS 2 - 0 Felda Utd
Pahang 1 - 1 Terengganu
Negeri Sembilan 1 - 1 Kelantan
Kedah 0 - 0 Sarawak
Perak 1 - 0 Lions XII

Highlight Kedah Vs Sarawak [0-0] 27 Ogos 2013, Piala Malaysia


[Perlawanan kedua] Keputusan Piala Malaysia 24 Ogos 2013

Keputusan FT
Sarawak 2-1 Lions XII
T-Team 0-1 PKNS
Selangor 2-3 ATM
Kelantan 2-0 Terengganu
JDT 1-0 Felda United
N.Sembilan 3-5 Pahang
Sime Darby 1-2 Johor FA
Kedah 1-1 Perak


[Perlawanan pertama] Keputusan Piala Malaysia 20 Ogos 2013

Keputusan FT
Pahang 1-1 Kelantan
ATM 3-4 Sime Darby
PKNS 2-0 JDT
Johor 0-0 Selangor
Perak 2-1 Sarawak
Terengganu 0-2 N.Sembilan
Felda 0-1 T-Team




Video Gol PKNS Vs JDT 20 Ogos 2013 [2-0] - Gol pasukan PKNS dijaringkan oleh oleh Patrick Ronaldinho pada minit ke 16 dan 57. Jurulatih PKNS, Abdul Rahman tetap merendah diri diatas kemenangan ini dengan mengatakannya pasukannya, pasukan biasa saja.

Sementara itu jurulatih sementara JDT, Azmi Mohammad ternyata kecewa dengan aksi yang ditunjukkan sesetangah pemain Johor Darul Takzim. Jurulatih sementara JDT itu memberi ulasan/komen dengan menyatakan pemain hilang fokus, pemain tidak mengikut arahan sehingga Ronaldinho menjaringkan 2 gol. Beliau juga mengatakan ada pemain yang tidak jujur didalam pasukan.


Video Gol Pahang Vs Kelantan [1-1] Piala Malaysia 20 Ogos 2013 - Kedua-dua negeri dari pantai timur ini sekadar seri 1-1. Kelantan telebih dahulu didepan menerusi jaringan Badri Razi pada minit ke 8 sebelum Damion Stewart menyamakan kedudukan pada minit ke 84.


Video Gol Perak vs Sarawak (2-1) 20 Ogos 2013 - Pasukan tuan rumah Perak, berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-1 sebelum mencatatkan kemenangan 2-1 keatas Sarawak. Dalam perlawanan itu gol Sarawak dijaringkan oleh Joseph Kalang T dan 2 gol Perak dijaringkan oleh Paolo Rangel.


Video Gol Lions XII vs Kedah [2-2]20 Ogos 2013


Video Gol Terengganu vs Negeri Sembilan [0-2] 20 Ogos 2013

Sempena saingan Watson Piala Malaysia 2013 ini, jika berkesempatan Old Trafford akan mengupdate semua Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2013 disini.

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.