Sunday, August 18, 2013

Match Highlight Swansea City 1-4 Manchester United EPL 17/8/2013

 Video Highlight Swansea City 1-4 Manchester United EPL 17/8/2013Bakal juara liga perdana inggeris musim ini, Manchester United mudah mengalahkan pasukan Swansea City dengan jaringan 4-1 dalam aksi perlawanan pertama EPL di Stadium Liberty semalam.

Dalam perlawanan itu, Robin Van Persie membuka tirai jaringan Manchester United pada minit ke 34 disusuli jaringan kedua menerusi jaringan Danny Wellbeck pada minit ke 36.

Di separuh masa kedua iaitu pada minit ke 72, Van Persie sekali lagi menjaringkan gol untuk gol ketiga Manchester United. Pasukan tuan rumah, Swansea City memperoleh gol saguhati pada minit ke 82 menerusi Wilfried Bony apabila memanfaatkan kesilapan Danny Wellbeck dihadapan kotak penalti.

Manchester United menambah gol keempat pada minit ke 90 setelah hantaran Wayne Rooney berjaya disudahkan Wellbeck menerusi loop untuk menewaskan penjaga gol Swansea City, Michel Vorm.


Video Match Highlight Swansea City 1-4 Manchester United EPL 17/8/2013 - Disclaimer, i not upload this video. Just embed around YouTube.

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.