Wednesday, January 29, 2014

Video Gol Kelantan Vs PKNS [1-2] Liga Super 28.1.2014

Video Gol Kelantan Vs PKNS [1-2] Liga Super 28 Januari 2014 - Pasukan tuan rumah, Kelantan tewas 1-2 kepada pasukan Selangor PKNS dalam aksi perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangusng di Stadium Sultan Muhaamad ke VI, Kota Bharu malam tadi.

Dalam perlawanan itu The Red Warriors terlebih dahulu didepan menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke 30 permainan.

Skuad PKNS yang dilatih jurulatih Wan Jamak Wan Hassan tidak mudah patah semangat dengan jaringan itu dan hasilnya mereka memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke 39' menerusi kapten pasukan mereka, Fauzan Dzulkifli.

Gol terhasil apabila sepakan sudut Nazmi Faiz Mansor gagal ditampan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dan Fauzan Dzulkifli mudah menolak masuk bola kedalam gawang gol tuan rumah.

Seminit kemudian (minit ke 40), pasukan PKNS berjaya menambah gol kedua mereka menerusi Arip Amiruddin.


Video Gol Kelantan Vs PKNS [1-2] Liga Super 28.1.2014 - kredit video MZdin

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.