Wednesday, February 1, 2017

JDT Menang Ke Atas Bangkok United.

Skuad bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) berjaya mengalahkan Bangkok United dalam aksi perlawanan play off pusingan kedua kejohanan 'Asian Champion League' semalam di Thailand.

Dalam perlawanan itu keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.

Dalam aksi tambahan masa 30 minit itu, JDT terlebih dahulu didepan menerusi kapten mereka, Safiq Rahim.

Bangkok United tidak mengalah untuk memburu gol penyamaan dan hasilnya mereka menyamakan kedudukan 1-1 menerusi John Okwunwanne di penghujung masa tambahan.Pemenang perlawanan ini akhirnya terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penjaga Gol JDT, Farizal Marlias menjadi wira pasukannya apabila berjaya menampan 2 sepakan penalti dari pasukan Bangkok United sekaligus berjaya membantu JDT untuk menang perlawanan tersebut.

Dengan kemenangan tersebut, JDT mara ke perlawanan play off ketiga 'Asian Champion League' untuk bertemu Gamba Osaka (kelab dari Jepun). Perlawanan play off ketiga tersebut akan berlangsung pada 7 Februari 2017 ini.


Video Sepakan Penalti JDT Vs Bangkok United ACL

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.