Wednesday, February 8, 2017

JDT ' Tumbang' di Jepun, Gamba Osaka Menang 3-0


Hajat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Asia 2017 (ACL) tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada kelab Jepun, Gamba Osaka dalam aksi perlawanan playoff pusingan ketiga malam tadi di Stadium Suita City Football,Osaka, Jepun.

Gol Gamba Osaka masing-masing dijaringkan oleh Ademilson (minit 26'), Shun Nagasawa (minit 29') dan Genta Miura (70'). Dengan kemenangan tersebut, Gamba Osaka mara ke perlawanan peringkat kumpulan dan akan mengisi slot kumpulan H Liga Juara-Juara Asia bersama dengan Adelaide United (Australia) Jiangsu FC (China) dan Jeju United FC (Korea Selatan).

Walaupun kalah dalam perlawanan kelayakan play Off ini, JDT akan terus bersaing dalam kejohanan Piala AFC 2017.Dalam Piala AFC 2017 ini Malaysia akan diwakili 2 pasukan iaitu JDT dan Felda United yang turut bersaing dalam kejohanan ini.



0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.