Wednesday, March 15, 2017

Piala AFC 2017: JDT Menang Bergaya Di Larkin,Tewaskan Global FC 4-0

Skuad bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menang 4-0 keatas pasukan dari Filipina, Global FC dalam aksi Piala AFC peringkat kumpulan Di Stadium Larkin malam tadi.

Dalam perlawanan itu, gol pertama Harimau Selatan dijaringkan oleh Mahali Jasuli.JDT menambah gol kedua menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh kapten pasukan, Safiq Rahim.

Skuad kendalian jurulatih Benjamin Mora itu menambah gol ketiga menerusi Brian Ferreira selepas berjaya memperdaya pertahanan Global FC dan mudah menewaskan penjaga golnya, Patrick Deyto.

Marcos Antonio melengkapkan malam gemilang JDT dengan gol keempat pasukan tuan rumah selepas menanduk masukan bola sepakan percuma yang diambil Gabby Guerra.





0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.