Sunday, May 21, 2017

Kedah Juara Piala FA 2017


kredit FOTO Osman Adnan/Harian Metro

Skuad Kedah berjaya menjuarai Piala FA 2017 setelah menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan 3-2 dalam aksi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dalam perlawanan itu Kedah didepan menerusi penyerang importnya Ken Ilso pada minit ke 19'. Gol terhasil apabila hantaran Syazwan Zainon dari sebelah kanan Pahang berjaya ditampan Ken Ilso sekaligus menewaskan penjaga gol Pahang Wan Azraie Wan Teh.

Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Kiko Insa (Francisco Insa) dilayangkan kad merah pada minit ke 31 setelah mengutip 2 kad kuning.

Kedah menambah gol kedua mereka menerusi Baddrol Bakhtiar di penghujung separuh masa kedua (minit 45+1).Syazwan Zainon sekali lagi memainkan peranan dalam mencipta peluang untuk gol ini, setelah mengelecek pertahanan Pahang, Heo Jae Won dan beliau menguis bola ke bahagian tengah kotak penalti. Baddrol Bakhtiar yang tidak dikawal mudah melepaskan sepakan leret ke penjuru gol Pahang.

Pahang merapatkan kedudukan 1-2 di minit-minit terakhir separuh masa pertama (minit 45+4')setelah rembatan Heo Jae Won membias terkena Sandro Da Silva Mendonca dan bola melambung sebelum menjunam masuk kedalam gawang gol dan gagal ditepis oleh penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Pada minit ke 72 Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol ketiga Kedah. Gol terhasil apabila hantaran satu dua diantara Liridon dab Ken Ilso berjaya memeperdaya pertahanan Pahang. Ken Ilso menggunakan peluang itu dengan larian derasnya dari sebelah tepi dan menghantar bola kedepan pintu gol Pahang. Bola yang gagal ditampan penjaga gol Pahang singgah di kaki Baddrol Bakhtiar dan mudah menampan masuk kedalam gawang gol Pahang.

Pahang tidak mudah mengalah dan berputus asa walaupun bermaian dengan 10 orang.Serangan demi serang terus dilancarkan dan akhirnya berjaya memperoleh gol kedua menerusi Mohamadou Sumareh pada minit ke 79'.

Pemain Kedah,Baddrol Bakhtiar dipilih sebgai pemain terbaik perlawanan final Piala FA 2017.




0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.