Sunday, May 7, 2017

Keputusan Liga Super 6 Mei 2017

Keputusan Liga Super 6 Mei 2017

Malam tadi hanya 3 perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung.

JDT terus terus menjarakkan kedudukan ditangga teratas Liga Super Malaysia 2017 walaupun sekadar terikat dengan keputusan seri 1-1 dengan Melaka di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Pencabar terdekat JDT, Pahang pula tewas 2-3 kepada pasukan Kelantan di Stadium Darul Makmur Kuantan.

T-Team menang 3-0 keatas pasukan Perak di Staium Sultan Nasirudin Shah,Terengganu.

Setelah 12 perlawanan liga,JDT sekarang ini memperolehi 27 mata diikuti Pahang ditempat kedua dengan 21 mata.

Kedah ditangga ketiga dengan 20 mata dan masih belum bermain perlawanan ke 12 mereka. Jika menang perlawanan ke 12 liga, Kedah akan memintas Pahang dengan 23 mata.

0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.