Thursday, May 4, 2017

Piala AFC 2017: JDT Mara ke Pusingan Seterusnya, Felda United Tersingkir

Wakil dari Malaysia dalam kejohanan Piala AFC 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke perlawanan pusinggan seterusnya setelah mengharungi 6 perlawanan peringkat kumpulan. JDT menduduki tangga kedua kumpulan F dengan 13 mata dibelakang Global FC (Filipina) dengan 15 mata.

Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan semalam, JDT menewaskan Magwe FC (Myanmar) dengan jaringan 3-1 di Stadium Hassan Yunus,Larkin. Dalam perlawan itu pasukan Magwe FC terlebih dahulu didpean menerusi jaringan Kyaw Swar Lin pada minit ke 3.

JDT menyamakan jaringan 1-1 menerusi penyerang sensasi mereka Gabriel Guerra pada minit ke 16. Pada minit ke 59' dan 79'(penalti), Gabriel Guerra menjaringkan 2 lagi gol untuk JDT sekaligus mencatatkan gol hattrik dalam perlawanan tersebut.

Pada perlawanan peringkat seterusnya (Asean Zone - Zonal Semifinals), JDT akan bertemu Ceres Negros FC (Filipina).Perlawanan akan berlangsung secar timbal balik.

17 Mei 2017: JDT Vs Ceres Negros FC
Tempat: Stadium Tan Sri Hasan Yunus, Larkin,Johor

31 Mei 2017: Ceres Negros FC Vs JDT
Tempat:Pana-ad Park and Football Stadium, Bacolod City, Filipina

Carta kumpulan F Piala AFC 2017 -kredit the-afc.com



Satu lagi wakil pasukan dari Malaysia dalam kancah Piala AFC 2017,Felda United pula tersingkir pada peringkat kumpulan. Felda United sekadar menduduki tangga terbawah kumpulan G dengan 5 mata selepas 6 perlawanan.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan G semalam, Felda United kalah 1-4 kepada Hanoc FC (Vietnam)

Carta kumpulan G Piala AFC 2017 -kredit the-afc.com




0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.