Thursday, June 1, 2017

JDT Tersingkir dari Piala AFC 2017 di Asean Zone - Zonal Semifinals


Hajat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mara ke pusingan seterusnya dalam kancah Piala AFC 2017 tidak kesampaian setelah kalah 1-2 kepada pasukan Ceres Negros dalam aksi perlawanan peringkat Asean Zone - Zonal Semifinals malam tadi di Stadium Stadium, Bacolod City, Filipina.

JDT  dan Ceres Negros terikat dengan aggreagat 4-4, JDT tersingkir dengan gol ditempat lawan.

Pada perlawanan pertama walaupun kalah 2-3 kepada JDT, Ceres Negros berjaya menjaringkan 2 gol di tempat lawan (Stadium Larkin). Dalam perlawanan kedua pula, JDT kalah 1-2 kepada Ceres Negros dan jaringan 1 gol JDT ditempat lawan tidak mencukupi untuk melayakkan mereka ke perinkat seterusnya setelah kedua-kadua pasukan terikat dengan agreagr 4-4.

Dalam perlawanan malam tadi, gol pertama Ceres Negros dijaringkan oleh Kota Kawase. JDT menayamakan kedudukan 1-1 menerusi Gabriel Guerra.

Di penghujung perlawanan Ceres Negros dihadiahkan sepakan setelah pemain JDT Aidil Zafuan didapati mengasari pemain lawan dalam kotak penalti.

Fernando Rodriguez mudah menjaringkan gol tersebut dan menjadikan kedudukan 2-1.







2 comments:

GST Impact Analysis said...

I certainly agree to some points that you have discussed on this post. I appreciate that you have shared some reliable tips on this review.

Cooper Vision Proclear said...

very informative post for me as I am always looking for new content that can help me and my knowledge grow better.

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.