Sunday, July 23, 2017

Keputusan Liga Super 22 Julai 2017 | Perlawanan Ke 17

Kredit Grafik Football Malaysia LLP

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan ke 17 Liga Super Malaysia edisi 22 Julai 2017.

Johor Darul Ta'zim (JDT)terus mengukuhkan kedudukan ditangga teratas liga super setelah mencatatkan kemenangan 6-1 keatas T-Team di Stadium Nasiruddin Shah Kualak Terengganu sekaligus mengutip 3 mata ditempat lawan.

Pasukan ditangga kedua, Kedah turut mencatatkan kemenangan di tempat lawan dengan menewaskan pasukan ditangga tercorot liga super 2017 Pulau Pinang dengan jaringan 2-0 di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pasukan Melaka mencatatkan kekalahan ketiga berturut-turut dalam liga setelah kalah 0-2 kepada pasukan ditangga ketiga,Pahang di Stadium Darul Makmur.

Kelantan pula terus juga terus mencatatkan kekalahan dalam aksi Liga Super 2017 dengan kalah 4 perlawanan berturut-turut.Semalam Kelantan kalah 0-1 kepada Selangor di Stadium Selayang.

Perak mencatatkan kemenangan tipis 1-0 keatas Felda United dan PKNS menang 1-0 keatas Sarawak.

Carta Liga Super 2017 Selepas 17 Perlawanan - Kredit Grafik Football Malaysia LLP



0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.