Sunday, August 6, 2017

Keputusan Liga Super Malaysia 6 Ogos 2017 | Perlawanan 19

 Keputusan Liga Super Malaysia 6 Ogos 2017- kredit grafik facebook Football Malaysia LLP

Johor Darul Takzim (JDT) telah mengesahkan kejuaran Liga Super Malaysia 2017 adalah milik mereka walaupun tewas 1-2 kepada pasukan Selangor malam tadi di Stadium Selayang. Ini kerana pencabar terdekat JDT, Kedah tewas 1-2 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur.

Dengan keputusan itu, JDT mendahului liga dengan kelebihan 11 mata dengan 3 lagi baki peerlawanan liga.

Melaka United yang kini sedang bersaing dikelompok bawahan Liga Super daripada tersingkir ke liga perdana musim depan, mencatat kemenangan bergaya setelah menewaskan pasukan T-Team dengan jaringan 5-1 di Stadium Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.


Sarawak mencatatkan kemenangan 2-0 keatas Pulau Pinang di Stadium Kuching.Kedua-dua pasukan ini juga bergelut daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Kelantan dan Felda United berkongsi 1 mata selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 di Stadium Muhammad ke iv Kota Bharu.

Perak boleh terus bersaingan merebut tempat kedua liga setelah mengutip 3 mata setelah mnewaskan PKNS dengan jaringan 2-0.

Dibawah ini adalah Keputusan Liga Super 6 Ogos 2017 dan Carta Liga Super 2017 selepas perlawanan ke 19.


Carta Liga Super 2017selepas 19 perlawanan liga - kredit grafik facebook Football Malaysia LLP


0 comments:

Latest

 

Old-Trafford | Find us on Google+

Disclaimer: Kebanyakan informasi dalam blog ini dipetik dari Berita Harian Online,Man United Website.Harap Maklum.